Wednesday, June 24, 2009

I've been tagged


1. Copy badge "2008 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)


Sape yg tagged kita nih

Kak Ana aka Kak MLC...huhuhuhu..kena tagged ler plak. Tapi takpe..ku sahut cabaranmu Kak Ana. So baca jer ler stori mori kita ni yek...yg x seberapa. X pandai benonya nak mengarang ayat yg canggih manggih ni...so very the simple je kita describe pasal diri kita. Membebel ler plak..hehehee...so tulis dlm bahasa melayu je la ye. Baru ada feel. :)


Tentang diri

1) X suka memasak sangat tapi disebabkan duduk diperantauan...so kena juga memasak. Lagi2 makanan yg x terdapat kat sini. Bestnya kalu dok Mesia..semua segala jenis makanan ada..... Semua makan sebab kita nih jenis suka makan...tapi pelik x suka masak. Kelako kan?


2) Suka menghabiskan masa ngan bertenet n berym. Huhuhuhu..ntah apa2 ler surf kat tenet tuh. Kadang2 cari resepi kadang2 baca online news n kadang2 baca blog org.Sakit2 punggungku mengadap PC tapi x pernah serik. Sib baik x kena sound ngan hubby as long as kita buat keja rumah.


3) Seorang yg simple n sensitive. Kadang2 tu baca suratkabar especially berita kematian pun leh nangis. Kadang2 tu nengok apek tua kayuh basikal ker or bawa beca ker kat mesia..pun leh meleleh airmata. Sedih..kesian nengok. Kalu nengok cite..part2 kekeluargaan boleh bergenang air mata. Syahdu.


4) Suka berkawan n talkative. SEkali kalu berbual memang xingat dunia ler. Mulut tu asyik nak bercerita n bercakap mcm train..xder hentian. Non stop.


5) Paling suka nengok cite korea. X kisah pelakon dia cantik ker x...ensem ker x ensem ker .... asal jalan cite best.


Hobi

1) Suka buat crafting samada folkart ker, decoupage ker or sewing ker. Semua jenis crafting ler kalu boleh nak buat..termasuk ler buat patchwork or quilting. Tapi paling suka buat folkart sbb dari sekolah lagi suka melukis cuma x berapa lawa sangat melukis dibandingkan ngan kakak ngan abang iparku. Diaorg lukis x yah rujuk buku pun dah cantik sangat..lebih2 lagi lukisan abang ipar. Memang cantik sangat. Marbeles.


2) Suka shopping barang2 bertemakan english nih...sejak terjebak ngan English decoration kat forum sinun..just jadi silent reader jer coz xder benda nak disharekan. Lagipun segan nak menyampuk di sinun sbb xder brg. Hehehehe. Jangan mare.

3) Amat meminati pinggan mangkuk samada portmeirion ker, Royal Albert ker, Corell ker or pinggan lama bunga kangkung. Sekarang tgh mengumpul koleksi bunga kangkung..set makan n set tea. Tapi sib baik x berapa minat sangat koleksi crystal. Kalu ler minat crystal..alamatnya penuh ler display cabinet kat rumah sinun.


4) X boleh nengok barang2 yg bermotifkan bunga2 rose ni. Boleh jadi gila meroyan sekejap. X kira ler pinggan mangkuk ker, cadar ker, brg perhiasan rumah ker..atau apa2 aje lah yg ada motif bunga rose ni.Rasa mcm nak beli tang2 tu juga..tapi sib baik hubby ada kat sebelah..kalu x mau abis melayang duit.


5) Paling suka membaca especially buku cerita x kira ler BI or BM. Kita minat Judith Mcnaught..semua koleksi buku dia kita ada cuma yg latest xder dlm koleksi lagi sbb x kuar lagi version soft cover. Kalu buku bahasa Melayu..suka hasil nukilan dari Fauziah Ashaari n Norhayati Ibrahim.


Tagged seterusnya untuk

1) Difa

2) Leena
3) Liya

4) Kak Salmi

5) Asmida aka Kak Long

Buat tau jangan x buat. Xder ngelat2 eh. Hehehe




2 comments:

@n@ said...

Nik..sakit2 pun buat tag jugak..thkiu nik..at least i know more abt u now..hehehhe...yg facts no 2 tu kan..samalah kita..montot dah sakit pun tak reti nak bangun2 kan..hehehe

rubiyanti said...

Heehee..malam tadi x der keja
( lagipun dah sihat sikit dah)..so apa lagi pulun siapkan assignment
...rasa mcm kat U ler plak. Tu ler pasal Kak Ana...x makan saman puan empunya badan nih.